Zaman kini, kita selalu terdedah kepada cuaca dan keadaan sekitar yang kurang sihat., terutamanya kebelakangan ini mengenai influenza. Sebagai seorang ibu atau bapa, semestinya kita akan berasa risau dengan berita penularan wabak yang berpotensi menjangkiti anak-anak kita dan juga diri sendiri. Bila virus sudah menjangkiti mereka, selera makan pun berkurang bila hidung tersumbat, tekak tak selesa dan susah nak bernafas. Lagilah bertambah risau!
Sudahkah anda tahu segalanya mengenai Influenza yang menular di Malaysia kebelakangan ini? Jom, kami kongsi beberapa fakta dan maklumat mengenai Influenza, cara pencegahan dan maklumat tambahan yang boleh membantu anda.
Apa itu INFLUENZA?
Influenza atau flu adalah penyakit berjangkit yang boleh menjangkiti bahagian hidung, tekak dan paru-paru.
Adakah Influenza sama dengan demam selsema? TIDAK sama sekali.
Walaupun gejalanya hampir sama, tetapi Influenza mengeluarkan tanda-tanda yang lebih teruk dan menyebabkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Berikut adalah perbandingan diantara Influenza dan demam selsema.
TANDA & GEJALA |
INFLUENZA |
DEMAM SELSEMA |
Demam |
Kebiasaannya melebihi 38˚C |
Kebiasaannya kurang 38˚C |
Batuk |
Batuk teruk/tidak berkahak |
Tiada/Ringan |
Sakit tekak |
Sederhana ke teruk |
Tiada/Ringan |
Sakit otot/sendi |
Sederhana ke teruk dan berlarutan sehingga beberapa minggu |
Ringan atau sangat ringan |
Sakit kepala |
Sederhana ke teruk |
Ringan |
Bersin |
Kerap |
Tidak kerap |
Hidung berair/Hingus |
Tiada/Ringan |
Teruk |
Punca |
Virus Influenza |
Adenovirus, Rhinovirus, Parainfluenza virus, Corona virus dan lain-lain |
Punca gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia
JENIS-JENIS INFLUENZA
Terdapat 3 jenis virus influenza iaitu A,B dan C. Ketiga-tiga ini boleh menjangkiti manusia. Virus influenza A adalah paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia. Virus influenza A boleh menjalani mutasi (perubahan genetik) dan menghasilkan virus influenza jenis baru yang lebih berbahaya. Ini akan mencetuskan kejadian epidemik dan pandemik influenza.
Jenis A:
Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, sangat berbahaya. Ia dikategorikan sebagai epidemik iaitu boleh merebak ke dalam satu komuniti atau kawasan dengan cepat dan jumlah yang dijangkiti adalah tinggi.
Jenis A (i):
Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, juga sangat merbahaya dan mengundang kematian. Ia dikategorikan sebagai pandemik iaitu virus tersebut telah merebak dengan cepat, bukan hanya dalam satu komuniti atau bahagian. Contoh: Wabak SARS yang bermula dari satu daerah di China tetapi kemudiannya merebak ke seluruh dunia.
Jenis B:
Sering menjangkiti manusia dan sering berlaku. Bergantung kepada situasi, kadangkala dikategorikan sebagai tidak teruk atau bahaya dan endemik.
Jenis C: Menjangkiti manusia, dan jarang berlaku. Dikategorikan sebagai ringan dan tidak kritikal.
Endemik ialah penyakit yang sentiasa wujud dalam sesuatu komuniti atau populasi.
Epidemik ialah penyakit yang menyerang ramai orang dalam komuniti sekali gus dan merebak ke satu atau beberapa komuniti.
Pandemik apabila wabak merebak ke seluruh dunia.
Golongan yang BERISIKO TINGGI untuk mendapat Influenza
Adakah anda tergolong dalam golongan yang mudah dijangkiti influenza? Berikut adalah senarai golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus influenza;
- Kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke bawah
- Wanita hamil
- Warga tua yang berusia 65 tahun dan ke atas
- Pesakit kronik yang menghidap kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain
- Individu yang mempunyai daya ketahanan yang lemah akibat penyakit kronik seperti pesakit kanser, HIV dan lain-lain atau;
- Kesan dari ubatan yang diambil seperti kemoterapi atau steroid
- Individu yang menghidap obesiti.
Bagaimana virus Influenza merebak?
Virus influenza boleh merebak melalui cairan titisan yang keluar daripada bersin, batuk dan bercakap melalui mulut dan hidung. Virus ini kemudiannya masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan. Virus ini juga boleh berjangkit melalui titisan yang mencemari benda dan persekitaran.
Bagaimana anda boleh menghentikan penyebaran virus Influenza?
- Semasa bersin atau batuk, anda hendaklah:
- Menutup mulut dan hidung dengan tapak tangan atau dilapisi tisu/sapu tangan
- Buang tisu ke dalam tong sampah
- Jangan sesekali berkongsi sapu tangan
- Sentiasa membasuhi tangan anda selepas batuk dan bersin. Anda juga perlu membasuhi tangan selepas menyentuh makanan mentah, permukaan kotor dan juga seluruh tubuh badan.
- Pakai serkup muka atau mask untuk menutup hidung dan mulut.
- Elakkan daripada keluar di tempat awam sehingga anda sembuh sepenuhnya.
Langkah pencegahan virus Influenza
- Dapatkan vaksin influenza
- Tutup mulut dan hidung semasa bersin dan batuk
- Guna penutup mulut dan hidung
- Sentiasa basuh tangan